fbpx

Bront Palarae Persoal Isu Vellfire Sebagai Kenderaan Rasmi

Umum mengetahui sejak beberapa hari lalu kecoh mengenai laporan mengatakan kerajaan memerlukan 32 unit Toyota Vellfire bagi kegunaan menteri dan pegawai tinggi kerajaan serta 3,000 unit Honda Accord untuk kegunaan pegawai kerajaan.

Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada rakyat yang menyifatkan ianya satu pembaziran. Isu itu turut mendapat perhatian pelakon Bront Palarae yang memberikan pendapatnya di laman Twitter.

BACA: Bront Palarae Bawa Watak Lelaki Yahudi

Bront mempersoalkan bagaimana mahu meyakinkan orang luar untuk membeli kereta tempatan kita jika pihak atasan sendiri tidak mahu menggunakannya sebagai kereta rasmi.

Ujarnya lagi, jika ianya bertujuan untuk hubungan diplomatik dengan negara Jepun, maka kerajaan Jepun juga perlu menggunakan kereta buatan Malaysia sebagai balas ganti.

Ada betulnya juga pendapat Bront Palarae, siapa lagi yang akan memartabatkan kereta tempatan kita kalau bukan kita sendiri dan kereta tempatan kita tidak kurang hebatnya.