Buat Pembedahan Ikat Perut, Abby Abadi Turun Berat Badan 5 Kg
Menjalani pembedahan bariatric atau’ikat’ perut, pelakon Abby Abadi berkongsikan berita gembira selepas dua minggu melalui proses tersebut apabila berat badannya mula menunjukkan perkembangan positif.
Menerusi perkongsian di Instagram, Abby berkata berat badannya sudah turun 5 kilogram dan turut memuat naik gambar terkininya.
BACA: Suami Abby Abadi Akui Gagal Jadi Yang Terbaik
“Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil.
“Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya. Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan,” katanya
Abby berkata lagi, dia juga sudah mula boleh memakai baju-baju lamanya yang dibeli tahun lalu.
“Nak cerita juga yang baju ni beli di Singapura masa sibuk dengan acara hujung tahun lepas, tapi masa itu beli tak cuba dulu, balik KL, bila nak pakai tak boleh butang.
“Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-agak, hari ini baru boleh pakai,” katanya.
Terdahulu, Abby terpaksa melakukan pembedahan ikat perut untuk mengelakkan masalah berat badannya yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg. Malah, suaminya juga meminta untuk menjaga kesihatan.
aku rasa dia ni berdiri tak stabil..asik berpaut je..
Jaga makan dan jgn malas bergerak udah la makcik. Apa juga pembedahan ada risiko dan side effect. Tu je pesanan khidmat masyarakat aku hari ni.
Jaga body korang sudah…. body korang hot sgt huh?
Kentut tersumbat kalau buat ikat perot..pastu kurus pon mengelebeh…jenis species pemalas nak workout jer buang duit buat operate buang perot.baik ko buang hati yg kotor..haha
Lps buang usus tu korang ingat boleh mkn sesuka hati lar ehh.. helloo.. lps tu mkn x berenti jd mcm oink nnti nak potong berapa ela usus lagi wei.
Hukumnye haram menukar ciptaan allah. Kalau nak kurus, stop makan dan lebihkan exercise. Pintu neraka menunggu
kalo nak kurus tidur sajalah. moga waktu tidur, kita kurus. mimpi kurus. bila terjaga kita bam bam lepas tu tidur lagi. jgn tidur smpai xsolat sudah.medicine operation and segala mak neka mesin infared tu semua tak natural. tapi xpe la dah abby happy , kita pon tumpang happy. kita doa yang baik baik
Dulu dok jilat pas..kemain pakaian dh tutop..skrg sejak baik ngan bekas laki tua yg tak sedar diri acah2 sado..mula pasang body nak jadi anak dara..semata nak kurus potong usua Tuhan bagi..salahkan selera makan bertambah..diri tu salah dah tau kuat mkn..rajin2lah xcersice..takde lah badan ko naik.
Ko bljr sains kat mana weiii tido byk jd kurus. Ko nak jd gedempol ko mkn dan tido je. Gerenti badak pun nangis.. Thank me later.
ko kalau jenis makan melantak tak puas puas lepas tu taknak exercise lebih sikit , operate macam mana pun tetap maintain badak .
kata religious sangat. Apsal tak puasa je? Melantak banyak banyak pun a makan syaiton Kak Abby. Islam dah ajar suruh berpuasa. Laser orang dulu kemain.