Buat Paranormal, Roslan Shah Takut Sampai Terpeluk DSV

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Roslan Shah menjadi perhatian ramai apabila menghasilkan konten melakukan aktiviti paranormal.

Lebih menjadi perhatian, untuk konten kali ini Roslan bergandingan dengan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

BACA: DSV Niat Wakaf Banglo Jadi Pusat Al-Quran Untuk Arwah Nurly

Menerusi video dikongsikan, Vida berkata Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan buat-buat berani namun terpeluk Vida kerana terlalu takut.

Lebih menghiburkan, kedua-duanya berlaga pinggul selepas insiden terpeluk sekaligus membuatkan netizen berdekah.

Diruangan komen, rata-rara netizen tidak dapat menahan tawa melihat gelagat mereka berdua serta ada yang berseloroh mengatakan Cik Lan mengambil kesempatan dalam ketakutan.

Screenshot

×