fbpx

“Buat Apa Drive Pergi Kerja Kalau RM30 Boleh Naik LRT, MRT Sebulan?”

Berapa banyak masa dan duit kita habiskan setiap hari jika memandu ke tempat kerja — tol, tempat letak kereta, minyak dan belum ditambah lagi dengan ansuran bulanan kereta serta servis yang diperlukan.

Sebab itu apabila ada inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan kad perjalanan tanpa had My30, ianya disambut baik oleh warga kerja yang sememangnya bergantung kepada perkhidmatan awam untuk bergerak.

BACA: “Bantu Ekonomi, Singgah Seberapa Banyak Gerai Tepi Jalan Yang Kita Mampu”

Kad perjalanan tanpa had My30 yang menawarkan perjalanan tanpa had RM30 untuk tempoh 30 hari menggunakan perkhidmatan MRT, LRT, monorail, BRT dan semua bas henti-henti Rapid KL.

Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif My30 itu melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang menyediakan kemudahan perjalanan tanpa had menggunakan semua perkhidmatan kendalian Kumpulan Prasarana dengan hanya RM30 untuk tempoh 30 hari. Pakej istimewa ini laku untuk tempoh enam bulan daripada 15 Jun sehingga akhir Disember.

Kita semua boleh mula mendaftar untuk pakej baru My30 ini mulai Isnin ini (15 Jun) di semua 122 buah stesen LRT, MRT, Monorel, BRT dan 5 hab bas di Pasar Seni, Seksyen 2, Shah Alam, Greenwood, Terminal Kajang dan Sri Nilam dengan menggunakan MyKad dan MyTentera masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari media sosial Rapid KL atau laman web www.myrapid.com.my. (rtky/m)