fbpx

Isteri Tunjuk Bukti Da’i Farhan Ada Diploma Perubatan Islam?

Nampaknya masih belum reda lagi kontroversi mengenai Da’i Farhan dan isterinya, Dr Erin.  Satu demi satu isu diperkatakan dan ianya seolah tiada kesudahan. Selepas isu didakwa melarikan kereta, timbul pula isu dakwaan doktor palsu isteri baru pendakwah tersebut.

Terbaru, tular mengenai perkongsian Dr Erin di Instagram mengatakan suaminya menerima penganugerahan diploma perubatan Islam.

BACA: Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah, Da’i Farhan Boleh Dipenjara

https://twitter.com/santeira/status/1205286955296022528?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1205286955296022528&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.gempak.com%2Fartikel%2F29998%2Fdemi-sebuah-mukjizat-yang-agung-isteri-tunjuk-bukti-da-i-farhan-terima-diploma-perubatan-islam

“Alhamdulillah satu lagi perjuangan. Demi sebuah mukjizat yang agung. Demi perjuangan dalam perubatan yang terunggul.

“Asal manusia dari apa? Mana asal datangnya ilmu sains perubatan moden dunia? Rawatlah punca penyakit bukan rawat penyakit,” tulisnya.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian Dr Erin memadam entri tersebut dan mengemaskini semula entri terbabit berserta kapsyen baharu.

“Pendek kata kalau nak belajar real punya perubatan kena kenal asal usul manusia dulu. Kenal diri dulu.

“Agama dah kata semua penyakit ada penawarnya kecuali mati, hebat mukjizat Al-Quran ini bagi orang yang ingin mengetahui, beruntunglah orang yang dah tahu menggunakan mukjizat agung ini,” tulisnya.

Difahamkan foto berkenaan dipercayai diambil di Institut Sains Fizik, Seni & Budaya (IPSCA) di Subang, Selangor.

Sementara itu di media sosial, perkongsian Dr Erin itu mendapat kecaman netizen yang menyifatkan pendakwah itu menunggang agama. Malah ramai yang mempertikaikan kesahihan sijil diploma terbabit.