Ketika sang bekas isteri, Demi Moore sedang bergelut dengan masalah rumahtangga bersama Ashton Kutcher, Bruce Willis ada berita gembira.

Bruce Willis sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan yang beliau sebenarnya masih mempunyai perasaan risau terhadap Demi Moore — juga perasaan sangsi kepada Ashton Kutcher.


Namun itu masalah rumahtangga orang lain, Bruce Willis seperti semua sedia maklum sudah berkahwin dengan Emma Heming sekitar 2009 yang lalu dan ini merupakan anak pertama mereka bersama.

Wakil Bruce & Emma Heming Willis berkata kepada media Hollywood mengesahkan berita yang mereka akan menerima kelahiran cahayamata pertama awal tahun hadapan.

Menurut wakil, mereka berdua kelihatan sangat gembira dan teruja untuk menerima kehadiran baru dalam keluarga mereka ketika ini — Bruce Willis sebelum ini mempunyai tiga orang anak ketika bersama Demi Moore.