Kemunculan pelakon lelaki berbadan sasa atau kini lebih dikenali sebagai sado, sedikit pun tidak mengundang rasa tergugat buat Bront Palarae malah menyifatkan dirinya sebagai golongan normal di dalam drama atau filem yang dibintanginya.
BACA: Bront Palarae Nafi Sorok Isteri
“Saya mewakili orang-orang biasa, maksudnya bila saya berlakon dalam sesebuah drama atau filem, saya mewakili rakyat biasa yang biasa kita lihat seharian,” katanya yang ditemui semasa Majlis Sidang Media Filem Olabola terbitan Astro Shaw pagi kelmarin.
Tambahnya lagi perkara tersebut tidak salah kerana sesebuah drama yang berepisod memerlukan fantasi dan apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu mengikut kehendak yang di mahukan pengarah dalam drama atau filem tersebut.
“Taklah tergugat sebab kita duduk dalam dunia yang berasingan dan saya mencari benda lain begitu juga mereka. Kalau mahu bekerja sekali, tidak ada masalah kerana ramai kawan-kawan saya yang sado bekerja sekali,” katanya berseloroh.
Dalam pada itu, Bront Palarae bakal menemui anda dengan filem terbaru, berjudul Olabola yang bakal menemui anda pada awal Februari 2016. Filem terbitan Astro Shaw dan arahan daripada pengarah filem box-office ‘The Journey’ Chiu Keng Guan akan memperlihatkan sisi kelainan Bront Palarae yang memegang watak sebagai Rahman iaitu seorang pengulas sukan bola sepak. (rtky/h)