Sebelum ini pelakon dan hero filem Sejoli, Bront Palarae telah dikatakan menyorokkan isteri daripada umum. Pertemuan dengan jejaka tinggi lampai itu, di majlis tayangan filem Sejoli di UiTM Shah Alam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia menafikan perkara tersebut.

“Saya tak pernah sorokkan isteri saya tetapi dia sendiri sibuk dengan kerja-kerjanya di belakang tabir tetapi sekiranya dia mahu mengikuti saya ke acara-acara rasmi atau tidak saya tidak pernah menghalangnya sama sekali,” katanya.


Turut menjelaskan bahawa dia teringin mempunyai seorang cahaya mata tetapi mereka belum berkesempatan disebabkan oleh komitmen kerja yang semakin hari semakin banyak.

“Saya teringin hendak mendapatkan seorang anak dan masih dalam berusaha. Siapa tidak mahu anak, cuma saya perlu fokus dan banyak berdoa,” katanya.

Sementara itu, Bront akan muncul dalam filem Sejoli bersama-sama dengan pelakon Maya Karin, Remy Ishak dan Izara Aishah pada Februari ini. (rtky/hfz)