fbpx

Brad Pitt Wajah Baru Chanel No. 5, Aktor Pertama Jadi Duta Pewangi Wanita

Selepas sah bergelar tunang kepada Angelina Jolie, Brad Pitt kini di’khabarkan sedang sibuk merancang perkahwinan mereka berdua namun masih ada masa untuk perkembangan kerjaya beliau di’usia 48 tahun.

Brad Pitt telah di’sahkan menjadi wajah baru untuk pewangi mewah untuk wanita Chanel No. 5 dan perkara itu di’sahkan sendiri oleh Chanel kepada media Hollywood hari ini.

Menurut laporan E! News, Brad Pitt akan menjalani proses penggambaran iklan terbaru Chanel No. 5 sekitar minggu ini di kota London & pasangan ini sudah pun membeli rumah di sana.

Pelakon yang pernah tercalon untuk Academy Awards ini merupakan selebriti lelaki pertama yang terpilih untuk menjadi jurucakap pewangi wanita antara yang terlaris di’pasaran dunia sehingga ke hari ini.

Brad Pitt juga di’laporkan di’bayar tujuh angka untuk menjadi jurucakap & iklan terbaru Chanel No. 5 dengan wajah Brad Pitt akan di’keluarkan sekitar hujung tahun ini.