fbpx

Brad Pitt Bakal Bersara Sebelum Umur Cecah 50 Tahun, Kerja Belakang Tabir

Kalau sekitar tahun 90’an, bilik anda di’penuhi poster Hollywood — Brad Pitt pasti salah seorang selebriti yang menjadi pujaan hati anda.

Masa begitu pantas berlalu dan hari ini ada satu pengumuman yang agak mengejutkan datang mulut Brad Pitt sendiri yang di’temubual.

Bercakap ketika di’temubual menerusi sebuah program TV Australia, 60 Minutes Brad Pitt mengakui yang beliau akan berhenti berlakon dalam masa tiga tahun lagi — iaitu ketika umur 50 tahun.

Namun begitu, Brad Pitt turut berkata yang beliau tidak berhenti terus daripada dunia perfileman — beliau akan mula bekerja lebih di’belakang tabir pembikinan sesebuah filem.

Teman hidup Angelina Jolie ini turut berkata ketika ini beliau tidak pedulikan sama ada filem buatan atau sentuhan beliau jana pendapatan yang banyak atau tidak — beliau lebih suka filem yang mempunyai kesan lebih lama dalam industri hiburan dunia.