fbpx

Boy Iman Nafi Syarikat Menipu, Bakal Ambil Tindakan

Gara-gara dakwaan laman Facebook PW Community yang menyatakan bahawa Boy Iman menipu berkaitan penjualan rumah yang berharga RM50,000 – pelakon yang juga merupakan usahawan itu menjelaskan bahawa perkara itu adalah fitnah semata-mata dan bakal mengambil tindakan.

BACA: Boy Iman Luah Masalah Rumahtangga Dan Skandal Di Facebook

“Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini.
“Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana”

“Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis,” katanya yang turut menjelaskan bahawa mereka juga turut membina rumah dengan harga RM500,000.

Bagaimanapun, penafian oleh Boy Iman itu turut mendapat reaksi balas laman Facebook terbabit yang menyatakan bahawa pembongkaran mereka bukanlah dakwaan melulu semata-mata namun turut disertai dengan bukti audio perbualan pelakon tersebut.

“Untuk pengetahuan, apa yang kami bongkar bukan sekadar dakwaan tetapi disertai dengan solid evidence (bukti kukuh). Kami ada bukti audio yang mana Boy Iman jelas menyatakan RM 50 ribu hanya cukup untuk buat garage kereta sahaja, dan banyak lagi bukti dalam bentuk audio yang akan menyusul kemudian”

“Mengenai dakwaan Boy Iman bahawa kami dibayar oleh kontraktor, itu hanyalah lawak antarabangsa,” memetik kembali status yang dimuatnaik oleh laman sosial tersebut.

Sejauh mana isu akan berlanjutan, tidaklah kami ketahui namun ramai warga laman sosial mahu perkara ini dibongkar sehabis-habisnya demi mengelakkan lebih ramai lagi rakyat Malaysia terjerumus ke lembah kerugian. (rtky/s)