fbpx

Bosan Imej Lama, Ammar Titan Puas Hati Dapat Warna Rambut

Bosan dengan imej yang sama sahaja, pelakon dan pelawak Ammar Titan mahu tampil kelainan apabila mengambil langkah berani dengan mewarnakan rambutnya.

Pertama kali menukar warna rambut, menurut Ammar tindakannya itu ternyata mengejutkan keluarga dan peminatnya. Namun, Ammar meluahkan rasa syukur setakat ini tiada yanag mengecamnya.

BACA: 10 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2017

“Saja mencuba bawa kelainan untuk diri kita. Bosan tengok warna rambut hitam saja jadi kita carilah apa yang boleh buat. Memang dari dulu nak warna ash grey macam ni. Tengok rambut Awal Ashaari pun nampak cantik juga.

“Ibu dan ayah saya pun terkejut tengok. Setakat ini Alhamdulillah tak ada lagi orang kecam, biarlah selagi kita tak buat jahat tak perlulah nak fikir apa kata orang,” katanya.

Dilihat aktif dengan aktiviti kecergasan dan menjaga tubuh badan, Ammar berkata dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman serta menjadikan Norman Hakim dan bintang Bollywood, Shah Rukh Khan sebagai inspirasi.

“Dalam usia begini saya nak cuba kelainan tapi dalam masa sama menjadi diri sendiri. Orang yang banyak memberi inspirasi kepada saya ialah Norman Hakim dan Shah Rukh Khan.

“Saya bukan nak buat badan sampai jadi besar sangat, cuma nak sihat. Kalau dapat badan cantik itu semuanya pakej atas usaha menjaga pemakanan dan disiplin kecegasanyang saya lakukan,” katanya.