fbpx

10 Kontroversi Panas Selebriti Sepanjang Tahun 2017

Kontroversi dan isu hangat dalam dunia hiburan dan juga selebriti memang tidak dapat dipisahkan. Sepanjang tahun 2017, menyaksikan pelbagai konstroversi dan kisah panas selebriti yang menjadi buah mulut netizen.

Tahun ini boleh dikatakan banyak juga isu panas selebriti dari kisah rumah tangga dan macam-macam lagi.

Rotikaya ingin kongsikan dan imbas semula 10 cerita panas selebriti sepanjang tahun 2017.

10. Ammar Persenda Nama Bapa Watson Nyambek

Pengacara program Sukan Tak Sentral, Azizul Ammar Abu Hassan digantung kerja selama 5 bulan apabila membuat jenaka mempersendakan nama bapa mendiang bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek. Pihak stesen televisyen itu juga turut membuat permohonan maaf secara terbuka.

9. Adi Putra sah ceraikan kedua-dua isteri

Belum reda lagi kisah pelakon Ady Putra berkahwin dua dan tidak sampai setahun usia perkahwinan bersama isteri kedua, pelakon kacak itu naik status di Instagram mengesahkan dia sudah bercerai dengan kedua-dua isterinya iaitu Aida Yusof dan Norshahida Zolkifly pada Mac lalu. Sehingga kini, masih tiada kenyataan dari Ady Putra berkenaan kisah rumah tangganya.

8. Saleem bergaduh dengan anak

Tahun ini kisah penyanyi baru Syafiq Farhain menjadi perhatian apabila berlaku perselisihan faham dengan bapa kandungnya Saleem. Ia berikutan Syafiq didakwa meniru cara nyanyian Saleem dan menjejaskan pendapatan Saleem. Namun, isu tersebut sudah pun diselesaikan secara baik.

7. Dato Boy Iman Tipu RM6.2 juta

Pelakon, penerbit dan ahli perniagaan Dato Boy Iman ditahan polis atas kes penipuan projek pembinaan bernilai RM6.2 juta. Berikutan itu, ramai juga yang meragui pangkat Dato yang diterima oleh beliau dan mengatakan pangkat itu dibeli. Bukan itu saja, gelaran Doktor yang bawa oleh beliau juga menjadi persoalan apabila beliau dikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor dari sebuah universiti swasta luar negara.

6. Kes perceraian Hafiz Hamidun & Joy Revfa

Kes perceraian pasangan ini mendapat perhatian satu Malaysia. Pelbagai konflik antara pasangan ini apabila mereka tidak lagi tinggal sebumbung selepas 6 hari bernikah kerana Hafiz meragui status perkahwinan mereka. Akhirnya pasangan ini disahkan bercerai talak satu pada 25 Oktober lalu.

5. Kes Fasha Sandha ‘dihalau’ Nora Danish

Kisah kedua selebriti ini antara isu panas dalam industri hiburan. Fasha Sandha memuat naik status di Instaram mendakwa dia ‘dihalau’ dari majlis pertunjukan fesyen gara-gara seorang selebriti wanita turut mengambil bahagian acara tersebut. Ada pihak mendakwa artis tersebut akan menarik diri jika Fasha hadir ke majlis berkenaan. Kisah tersebut viral dan ada pihak menuduh selebriti yang dimaksudkan ialah Nora Danish.

4. Kes karaoke Aliff Aziz & Afifah Nasir

Kisah panas Aliff Aziz dan Afifah Nasir menggemparkan industri hiburan tanah air. Penyanyi Aliff Aziz ditahan polis atas tuduhan mencederakan isterinya Bella Astillah. Insiden itu berlaku selepas Aliff dan Aiffah kantoi mesra berdua-duaan di sebuah pusat karaoke.

3. Fattah Amin & Fazura kahwin senyap-senyap

Pasangan selebriti sensasi Nur Fazura dan Fattah Amin mencetuskan kontroversi apabila dikatakan akan bernikah di tanah suci Mekah. Ada juga yang mentakan bahawa mereka sudah bernikah sebelum berangkat ke Mekah. Kisah cinta mereka terungkai sejuru pulang dari mengerjakan Umrah apabila pasangan ini mengaku sudah pun bertunang. Namun beberapa hari kemudian, pasangan itu secara senyap-senyap telah bernikah.

2. Izreen Azminda jadi isteri kedua, digelar perampas

Status perkahwinan pelakon popular Izreen Azminda bersama pemuzik bebas, Ude, terjawab apabila Intan Liana, yang juga merupakan isteri pertama lelaki itu membuat pengakuan bahawa dia rela hidup bermadu dengan Izreen. Izreen sah bernikah dan bergelar isteri kedua pada 8 Ogos lalu. Berikutan itu, ibu anak satu itu dikecam oleh netizen dan digelar perampas.

1. Fatiya Latiff tayang payudara di Bigo

Selepas video menarik seksi di Bigo Live tersebar, Fatiya Latiff mengaku bahawa gadis tersebut adalah dirinya. Video tersebut dihentam teruk oleh netizen kerana menampakkan auratnya sebagai seorang wanita berhijab. Bukan itu saja, tahun ini juga Fatiya dilihat aktif di Twitter dan sering menyuarakan pendapat yang tidak sepatutnya dan statusnya itu menjadi bahan sendaan netizen.