Bakal menimang anak sulung tidak lama lagi, penyanyi Amira Othman masih aktif bekerja menguruskan serta mempromosikan produknya.
Menerusi satu hantaran, Amira berkata meskipun kini cepat mengah namun dia tetap mencari rezeki dengan hadir ke majlis serta membuat siaran langsun kerana bosan duduk di rumah.
BACA: “Suka Derma Senyap-Senyap” – Amira Othman Dipuji Infak Makanan Di Surau

“Mak buyong hujung-hujung ni walaupun dah mengah tetaplah join event dan buat live sebab kalau duduk rumah lagi mak buyong boring sebab tak kerja,” tulisnya.
Sementara itu, Amira turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan pada produk kosmetik terbarunya.
Dalam pada itu, Amira sempat meminta nasihat serta tip serta persediaan untuk mempermudahkan proses melahirkan anak kelak.
Terdahulu, Amira berkongsikan khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Jun depan.