fbpx

Bonda Rozita Jawab Isu Pakai Baju Ketat

Baru-baru ini, gambar yang dimuat naik di Instagram oleh pengasas kosmetik Sendayu Tinggi iaitu Bonda Rozita Ibrahim menjadi perhatian ramai.

Gambar tersebut dikecam netizen yang mendakwa pakaian yang dipakai oleh ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri itu didakwa ketat.

BACA: Aliff Syukri Kena Sound Dengan Bonda Rozita

Sedar tentang perkara itu, menerusi satu perkongsian Bonda Rozita tampil menjawab tuduhan mengatakan dia memakai pakaian ketat semasa majlis berbuka puasa di sebuah hotel.

Bonda Rozita turut memuat naik video memaparkan keadaan sebenar busananya itu. Dia turut meminta netizen untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan tuduhan tidak berasas itu.

“Baju ni longgar, jangan keruhkan fitnah saya pakai ketat sebab gambar saya pos malam tadi dengan anak bongsu tu!

“InsyaAllah saya ada ramai guru agama yang boleh dibuat rujukan, saya masih tahu malu pada umur,” tulisnya.

Perkongsian Bonda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan pakaian yang dipakai oleh usahawan itu tidak ketat dan bersesuaian dengan penampilannya.