fbpx

Aliff Syukri Kena Sound Dengan Bonda Rozita

Semalam, rata-rata netizen dikejutkan apabila usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia dimasukkan ke hospital akibat dijangkiti Covid-19 tahap tiga.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff turut memohon maaf seandainya pernah menyinggung hati sesiapa kerana bimbang jika usianya tidak panjang.

BACA: Positif Covid-19 Tahap Tiga, Aliff Syukri Mohon Maaf Andai Umur Tak Panjang

Bagaimanapun, ibu kepada usahawan itu iaitu Bonda Rozita menyelar tindakan anaknya itu yang dianggap ‘mengada-ngada’ apabila menjaja tentang keadaan kesihatannya untuk meraih perhatian semata-mata.

“Kau memang Raja Viral kan. Memang Kri (Syukri) Covid-19 tahap tiga, tapi dah sembuh. Memang disleksia tak faham bahasa. Mak geram dengan kau Kri.

“Kau jangan nak ‘poyo’ sangat Syukri. Kau tak ada kerja kat sana. Tangan kau gatal menaip bagai nak rak! Hadis dan doa mana Kri salin? Selepas itu, yang jadi mangsa netizen, mak, Ida dengan keluarga yang tinggal. Kau jangan cari pasal! Mak serang Kri kat sana! Kau jangan ya, jangan mak buat betul-betul,” tulisnya.

Dalam entri yang dikongsikan di Instagtam itu, Bonda Rozita turut berkata dia sebelum ini sudah menasihatkan anaknya supaya membuat ujian Covid-19 dengan segera namun tidak diendahkan.

“Sejak balik memang kri sakit dan sekarang dah sihatkan, duduk sana sorang-sorang jangan kasi orang risau. Mak nangis suruh periksa sebelum itu, tapi kau tak nak dengar. Dah sihat, kau pun ‘post’ macam sedang nazak. Kejap lagi, mak hantar ‘sepak’ guna Telegram ke hospital, baru ada akal,” tulisnya.