fbpx

“Boleh Tak Peduli Kata Orang, Tapi Rujuk al-Quran”

Nampaknya pelancaran koleksi tudung Hajjah kesayangan ramai, Neelofa semalam di Zouk mendapat perhatian ramai. Selain mufti, pensyarah Fakulti Ubatan dan Sains Kesihatan sebuah universiti tempatan, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar turut sedih mendegar berita tersebut.

BACA: Ustaz: Tindakan Neelofa Pilih Zouk Undang Fitnah

Terkilan dengan tindakan Neelofa membuatkan Rafidah terpanggil untuk menulis, bertapa jauhnya umat Islam tersasar dari landasan. Jelas Rafidah, kalau dulu wanita Muslim sepatutnya menjauhi tempat maksiat seperti kelab malam tapi sekarang apakah yang mahu dibuktikan Neelofa?

Menyedari Neelofa enggan mempedulikan nasihat peminat mengenai tindakannya itu, Rafidah meminta jutawan itu mengembalikan diri dengan mendekatkan kembali dengan rujukan Al-Quran agar dapat memahami martabat hijab pada seorang wanita Muslim di sisi agama.

Kadang apa yang difikirkan betul bagi kita tidak semestinya betul, sebab itulah pandangn orang harus diambil kira. Kami pun tidak tahu mahu husnuzon bagaimana lagi kalau pakar agama, cerdik pandai pun menidakkan perkara ini. (rtky/w)