Abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Space Dollah menjadi perhatian apabila meninggalkan komen pada satu hantaran individu yang memetik namanya.
Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut menggelar Dolalh sebagai ‘bercapuk’ serta memerlinya kerana pernah menyamakan Bella Astillah dengan isteri bekas Perdana Menteri, Tun Hasmah.
BACA: “Bila Saya Tengok Bella, Saya Nampak Tun Siti Hasmah” – Space Dollah
Menjawab hantaran individu itu, Space Dollah meminta agar tidak memanggilnya dengan gelaran berkenaan serta mengatakan dia lebih sanggup jika digelar binatang bermuka zebra.
“Boleh tak jangan panggil bercapuk. Saya tak faham. Panggil saya binatang bermuka zebra lagi elok. Terima kasih tuan,” tulisnya.
Terdahulu, Space Dollah pernah menceritakan dirinya menghidap Vitiligo satu masalah keadaan kuit yang membuatkan kulitnya kehilangan pigmen pada bahagian tertentu yang mewujudkan tompok-tompok kulit putih berbeza dengan warna kulit asal.
Sumber: Astro Gempak