Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata hari ini kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selaras dengan pengumuman itu, lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat Malaysia termasuklah merentas negeri dan melancong dalam negara.
BACA: “Kerja Foodpanda, Grab Juga Terjamin Masa Depan”
“Jadi bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu selepas hampir tiga bulan tidak ke mana-mana”
“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara masih ditutup,” katanya. (rtky/m)