fbpx

Boleh Melaram Sekali, Raja Ilya Teruja Bakal Timang Anak Perempuan

Bulan lalu, pelakon Raja Ilya mengumumkan dirinya kini hamil anak sulung selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Trent Garret.

Dalam satu entri terbaru, Ilya berkongsikan khabar gembira bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan.

BACA: Raja Ilya Hamil Lima Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)

“Allah tahu yang terbaik untuk kami. Amin. Nasib baik bukan bayi lelaki. Kita tak ada pengalaman sangat mengendalikan bayi lelaki.

“Sebelah (keluarga) Trent pula, semua lelaki. Jadi, mereka memang mengharapkan ada bayi perempuan dalam keluarga,” tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, Ilya turut memuat naik video memaparkan ahli keluarga Trent kelihatan teruja ketika memotong kek coklat yang disediakan dengan krim berwarna merah jambu di bahagian tengah.

Sementara itu, Ilya turut mengucapkan terima kasih atas doa pengikutnya di Instagram serta berharap bayinya berada dalam keadaan sihat.

“Ramai yang teka bayi lelaki. Saya hargai tekaan anda semua. Yang penting, bayi sihat walafiat. Terima kasih untuk semua doa dan ucapannya,” tulisnya.