fbpx

Raja Ilya Hamil Lima Bulan, Rindu Nak Balik Malaysia

Tiga tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Raja Ilya mengumumkan dirinya kini hamil anak sulung dan usia kandungan sudah lima bulan.

Turut berkongsikan berita gembira itu di Instagram, Ilya berkata dia sangat teruja kerana sudah lama menyimpan rahsia kehamilannya.

BACA: Raja Ilya Hampir Hilang Nyawa Gara-Gara Rawatan Besarkan Punggung

“Dah lama saya simpan berita ini. Tapi tunggu masa sesuai untuk umumkan semua. Rasanya inilah masa sesuai. Saya rancang untuk berkongsi hujung Februari lalu tapi ketika itu saya tak berasa sihat,” katanya.

Dijangka melahirkan cahaya mata sulung sekitar Julai depan, Ilya berkata lebih menggembirakan ianya hampir dengan ulang tahun kelahirannya sendiri yang ke-37.

“Kalau cukup bulan dna hari, InsyaAllah baby ini akan lahir sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran saya. Memang rasa seronok dan teruja kerana telah lama kami menantikan kehadiran cahaya mata,” katanya.

Sebelum ini, menerusi perkongsiannya di Instagram, Ilya meluahkan rasa rindu untuk pulang ke Malaysia. Ujarnya lagi, dia juga akan melahirkan anaknya di Australia.