fbpx

“Boikot Artis Bermasalah, Supaya Mereka Sedar Diri”

Penerbit terkenal David Teo akan menyenarai hitam artis bermasalah demi mengelakkan sebarang masalah terhadap syarikat produksi miliknya, Metrowealth International Group (MIG).

Memetik Hib Glam, David berkata tindakan tersebut mampu menyedarkan segelintir artis yang bermasalah berkaitan penyondol mahupun langgar kontrak daripada tergus besar kepala.

BACA: “Walau Iman Berbolak Balik, Kita Kenalah Kembali Pada Tuhan” – David Teo

“Saya bersetuju segelintir penerbit mahupun pengarah yang memboikot artis bermasalah sebab ini adalah satu bentuk pengajaran supaya mereka sedar diri.

“Apabila nama sudah melambung tinggi, mereka lupa tengok bawah, jadi kena ‘tembak’ bagi jatuh supaya tidak terus leka,” katanya.

Sementara itu, David berkata lagi dia sudah berdepan dengan bermacam-macam perangai artis apatah lagi sudah berpuluh tahun dalam dunia hiburan.

“Saya ikut jejak penerbit lain, nak boikot siapa, saya juga akan lakukan perkara sama. Saya sudah 24 tahun dalam industri hiburan, macam-macam perangai artis saya hadap. Dulu boleh sabar, sekarang tidak lagi.

“Sama sahaja baik pelakon sendu mahupun popular, masing-masing ada perangai sendiri. Besar kepala sehingga menyebabkan penerbit dan pengarah rugi besar selain mencacatkan kelancaran sesebuah penggambaran,” katanya.

Dalam pada itu, David berkata isu artis bermasalah sudah lama terjadi sejak dari dulu lagi dan dia mengambil langkah tidak mengambil mereka berlakon lagi.

“Sebenarnya memang daripada dulu lagi wujud artis bermasalah tetapi saya masih bersabar lagi, malas ambil pusing. Saya tidak ambil mereka berlakon lagi tetapi tidaklah dicanang kepada pengarah lain supaya buat tindakan sama.

“Masalah disiplin dalam kalangan artis ini ibarat senario yang tidak akan pernah selesai. Apabila sekarang ramai turut memboikot golongan bermasalah ini, saya angkat dua ibu jari.

“Menyokong disini bukan bermaknamenutup periuk nasi mereka, sekadar memberi pengajaran dan berharap mereka berubah suatu hari nanti,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila David mendedahkan mahkamah memutuskan pelakon Hun Haqeem membayar ganti rugi sebanyak RM613,950 kepada Metrowealth atas kesalahan melanggar kontrak.

SUMBER: Hib Glam