fbpx

Sejak Ahad lalu, nama penyanyi Masya Masyitah menjadi bualan apabila perkongsiannya mengejutkan ramai memuat naik gambarnya tidak lagi bertudung.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian penerbit dan pengarah popular, Datuk David Teo yang mengulas mengenai penyanyi itu.

BACA: “Patutlah Dia Tunjuk Aurat Sikit Demi Sedikit” 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by David Teo (@davidteo99)

Menurut David, ramai manusia hanya mengejar pahala di dunia, namun tidak ramai yang mencari bekalan untuk di akhirat.

“Ramai orang kerja pahala dunia tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat. Walaupun iman kita berbolak balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.

Dalam pada itu, David turut mendoakan agar penyanyi itu mendapat hidayah Allah.

“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya,” tulisnya.

Perkongsian David itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan David itu yang memberi teguran meskpun berlainan agama.