“Bohong Lelaki Dah Kahwin Tak Pernah Puji Wanita Lain Lawa“ – Akim

Sudah tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, penyanyi Akim Ahmad berkata dia lebih suka menghabiskan masa di rumah.

Memetik Kosmo, suami kepada penyanyi Stacy itu berkata saling bertolak ansur antara rahsia rumah tangga mereka kekal hingga sekarang.

BACA: Stacy, Akim Pilih Nama Anak Kedua Isa

“Saya bukan jenis orang yang suka lepak di luar sangat. Ada masa diluangkan dengan kawan-kawan sebab kita orang lelaki tetapi, kebanyakan masa saya suka duduk di rumah

“Kadang-kadang, bila duduk di rumah, isteri (Stacy) banyak bertanya dan bertukar pendapat apa semua. Memang benda itu sebenarnya sedikit sebanyak, buat kami bertekaklah.

“Dalam hubungan, saya macam api dan Stacy adalah air. Saya selalu duduk di rumah tapi tak selalu pegang anak kecil (Isa). Kerja cuci berak, bagi susu anak semua kebanyakan dilakukan oleh Stacy,” katanya.

Menurut Akim, berkahwin Stacy adalah pilihan tarbaik yang dilakukan olehnya. Ujarnya lagi, tiada wanita lebih baik daripada ibu kepada dua cahaya matanya itu.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Eshaal dan Isa serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.

×