fbpx

Stacy, Akim Pilih Nama Anak Kedua Isa

Tahniah diucapkan buat pelakon Stacy yang selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Seri Kembangan pada Ahad lalu.

Memetik BH Online, suaminya Akim Ahmad meluahkan rasa teruja apabila dapat menemani isterinya di bilik bersalin serta menyifatkan ianya momen luar biasa.

BACA: Stacy Selamat Bersalin Anak Lelaki

“Saya sangat teruja kerana dapat menyaksikan proses kelahiran bayi kami. Lebih istimewa adalah momen dapat azankan zuriat saya itu.

“Tidak dapat hendak gambarkan perasaan saya detik itu… Sangat luar biasa. Selain itu, saya diberi peluang untuk bersama anak saya dalam sesi khas untuk mengukuhkan ikatan antara ayah dan bayi yang baru lahir,” katanya.

Akim memberitahu dia dan Stacy atau nama sebenar, Ummu Shaikhah Stacy Anam memilih nama anak keduanya itu Isa.

“Saya pilih nama itu. Ia ringkas dan dekat dengan nama anak-anak saya yang lain. Kalau gabung ketiga-tiganya boleh jadi Isabella.” katanya sambil tertawa.

Akim dan Stacy mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama Eshaal yang kini berusia 5 tahun serta mempunyai seorang anak angkat perempuan, Bella Deluna berusia 10 tahun.