fbpx

“Bodoh Kalau Kahwin Lepas Tu Cerai Semata-Mata Nak Jadi Janda”

Selepas hampir dua tahun menjanda, Nonny Nadirah kini sedang meniti bahagia apabila sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi. Bagaimanapun, ada sahaja pihak seolah-olah iri hati dan tidak boleh melihat dia gembira.

Menerusi Instagram, Nonnye meluahkan rasa kesal mengenai pihak yang mengecam, memfitnah dan cuba untuk menjatuhkannya. Noony berkata tiada siapa inginkan perceraian dan ia perbuatan bodoh jika berkahwin kemudian bercerai semata-mata nak dapat status janda.

BACA: Tak Kisah Status Janda, Niezam Cintakan Nonny Kerana Allah

“Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. Fitnah dunia akhir zama, benda yang tak ada boleh di adakan.

“Korang iri bila tengok aku happy, mulalah kecam fitnah sana sini. Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu bujang lepas tu kahwin dan cerai semata-mata untuk dapat status janda,” tulisnya.

Nonny turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga manusia. Malah turut berpesan kepada mereka yang belum mempunyai pengalaman dalam rumah tangga supaya mempersiapkan diri dan mengumpul ilmu sebanyak yang boleh.

Nonny mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah selepas sembilan tahun berkenalan. Bagaimanapun, rumah tangga mereka dikhabarkan hanya bertahan tidak sampai setahun.