Bob Lokman Menangis Diziarah Ustaz Ebit Lew Sebelum Jalani Pembedahan
Keadaan kesihatan kurang baik dan berisiko untuk meninggal dunia secara mengejut, kisah pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman yang memerlukan bantuan alat kawal degupan jantung mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ustaz Ebti memaklumkan dia terus terbang ke Pasir Mas, Kelantan, sebaik sahaja mengetahui berita tersebut untuk menziarahi Bob Lokman.
BACA: “Saya Boleh Mati Bila-Bila Masa Saja..”
Ustaz Ebit berkata, Bob menitiskan air mata kerana terharu dengan kunjungan dan bantuan yang dihulurkan untuk pembedahan jantung yang bakal dilakukan dilakukan pada Isnin iaitu hari ini.
“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Kubang Kerian Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu isabella. Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari.
“Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya. Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah.
“Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi,” katanya.
Ustaz Ebit turut berkongsikan video pertemuan mereka memaparkan pelakon itu tidak dapat menahan air mata daripada terus mengalir. Lebih sebak, Bob meminta Ustaz Ebit sampaikan kemaafan kepada semua andai dia pergi.
“Ustaz,tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah,” tulisnya.
Semoga sembuh dan dimudahkan urusan Bob. Thank you ebit lew dan semua pnderma dan yg mmbntu mereka. Sedih aku tgk bob lokman ni legend buat lagu isabella yg kumpulan search nyanyi. What a beautiful song.
Dahsyat UEL ni, kt kg aku ada sorg kwn nk pegi IJN dia citer UEL siap tanggung hotel 5 bintang utk org yg nk buat rawatan ke IJN bg yg xde tmpt kediaman. Aku x penah jumpa sorg ustaz yg bkn saja kuat bersedekah tp sngt kaya. Terlalu bnyk sumbangan dia pd msykt yg kita x tau rupanya!
Ustaz lain buat apa agaknye huh? Diorang sibuk buat apa tuh? Ada tak yg buat kebajikan, ziarah menziarah? Busy dok cari lubang baru kot? Atau nak gi merogol orang?
Ustaz lain sibuk kafirkan org lain. Sibuk kawen bini muda. Sibuk tukar vellfire. Aku pelik dgn diorg ni. Kan bagus wat mcm Ustaz Ebit. Benda yg baik pon kene kondem.
Alfateha diprmudahkn..
Amennn
Ustaz lain sibuk sana sini masuk kampung keluar kampung nak buka cawangan baru. Pagi petang malam bezikir harap dapat yang ketat. Tutuh tu kira buat ibadat jugak