“Saya Boleh Mati Bila-Bila Masa Saja..”
Berkongsikan keadaan kesihatannya yang sedang bergelut dengan penyakit jantung, pelawak dan penulis lirik popular, Bob Lokman memaklumkan dia berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut.
Hanya berserah soal ajal kepada Allah, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau tindakannya yang mengguris hati.
BACA: Bob Lokman Mohon Maaf, Undur Diri Dari Dunia Seni
“Doktor maklumkan dalam tempoh sebulan ini, tak mustahil jika saya meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.
“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” katanya kepada Harian Metro.
Mengalami masalah jantung sejak 1998 lagi, Bob berkata dia baru sahaja dibenarkan keluar hospital selepas dua hari ditahan. Kata Bob, dia masukkan ke hospital selepas pitam seketika ketika mengambil wuduk.
“Rabu lalu, kali pertama saya berdepan situasi di mana jantung saya berdegup kencang. Ketika saya nak ambil wuduk, tiba-tiba saya pitam sekejap kerana oksigen tak sampai ke otak. Apabila saya tersedar sekejap, saya macam lupa apa yang saya sedang buat.
“Jadi, apabila dada saya mula sakit sampai ke bahagian belakang, saya minta sepupu saya hantarkan saya ke bahagian kecemasan di Hospital Univers Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, tak jauh dari rumah,” katanya.
Difahamkan, Bob kini memerlukan bantuan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.
Bagi yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybak bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.
- SUMBER
- Harian Metro
Sapa2 pun bila2 masa jek boleh mati. Bab ajal ni mana kita tau. Baru beberapa hari yg lalu adik kwn aku eksiden skang tngh koma kritikal keadaan dlm icu, limpa pecah, kaki tangan, rusuk patah, muka dan kepala pun berjahit. Ada pendarahan dlm perut tp doktor dah operate dan stop bleeding. Allah dia baru dibuang kerja oleh Air Asia akibat Covid-19 ni! Balik kampung bini tolong akak jual kt kedai mkn. Tp dah bahagian dia. Dah jatuh ditimpa tangga…
Aku doakan adik kawan ko mndpt kesembuhan. Betul sgt sis, mati ni bkn mesti org sakit jek mati. Yg sihat pun boleh mninggal. Xde sape leh anggar umur kita.
Auntie aku dh dkt 70an. Masuk spital, dokto dh suh ready bila2 ms je..mcm dh gone case la masa tu… dan dokto suh balik sbb xde bnde bole buat lg . Nk operate dh lnjut sgt usia.. so mmg anak2 dah sedia la.. just x smpai hati nak bg tahu dia. Tup tup keluar spital okay elok smpai skrg. Alhamdulillah.. miracles do happen.
Semua orang pun bila2 masa boleh mati Abang Bob… Ajal maut di tangan tuhan.. Ntah saya yang sihat walafiat ni pun boleh mati kjap lagi… Semoga Abang Bob diberikan kekuatan untuk harungi semua ni… Dekat comment yang atas2 ni pun sama… Semoga diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan alam fana ni… DAN Semoga kita semua dapat husnul khatimah…. Amin.. Ya Rabbal Alamin…
Bkn ibadat saje nk kena betulkn dn pertingkatkan…tutur kata dn perbuatan pd orgtua..pasangan dn sesiapa saje kena jaga…sure kita bkn sempurna..Mohon ampunlah setiap hari…kita yg sentiasa melanggar firman2 Allah dlm Alquran dn sunnah Nabi Muhammad saw…mohon dipermudahkan urusan dunia dn akhirat kita…kesembuhan dn keajaiban dari Allah jua..