fbpx

Jika anda tidak berada di sekitar The Curve, Mutiara Damansara hujung minggu yang lalu, memang menjadi satu kerugian duniawi kerana terlepas satu festival muzik yang memang meriah untuk anak anak muda.

Acara kemuncak dan pentas akhir BN Youth Music yang berlangsung semalam berjaya menarik hampir 5,000 pengunjung sekaligus mencatat sejarah pertama buat Pemuda Barisan Nasional sebagai penganjur. 

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Skudap Skudip telah berjaya di’angkat sebagai pemenang keseluruhan pencarian bakat BN Youth Music dan juga Juara Kategori Kumpulan yang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Menurut pengerusi program BN Youth Music, Jamawi Jaafar program ini bukan berlandaskan fahaman politik tetapi mahu mendekatkan pemimpin dengan golongan muda melalui medium muzik.

Sekalung tahniah juga patut kami ucapkan kepada Pengarah Program, Nazree Nassir dari Lensa Creative atas penganjuran penuh cemerlang BN Youth Music.

Pentas akhir BN Youth Music turut di’meriahkan dengan kehadiran hos Natasha Hudson, Carleed Khaza & Neelofa — selain kehadiran mengejut beberapa artis popular tempatan seperti Nasha Aziz, Siti Sarah, Jehan Miskin & 6ixth Sense.

Rotikaya.com yang bertindak sebagai media online rasmi tidak ketinggalan memeriahkan suasana apabila secara khas membawakan dua sessi flashmob dengan kerjasama LOULpop Studios.

Ini bukan BN Youth Music yang terakhir, nantikan perkembangan musim kedua yang akan bermula tidak lama lagi. Ikuti BN Youth Music di Facebook & Twitter.