fbpx

BM Hampir Gagal, Sharifah Shahira Tetap Bangga Dengan Anak

Umum mengetahui hari ini keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) diumumkan. Seperti biasa sudah pasti ramai netizen yang ingin mengetahui keputusan anak para selebriti.

Namun, keputusan anak pelakon dan penyampai radio Sharifah Shahira antara yang menjadi perhatian ramai. Menerusi perkongsiannya di Instagram, Sharifah Shahira tetap bangga dengan anaknya, Airra, meskipun subjek Bahasa Melayu hampir gagal dan hanya memperoleh keputusan 2A sahaja.

BACA: Sharifah Shahirah Tak Kisah Digam Stesen TV

Shiera berkata lagi, tiada apa yang perlu dirahsiakan kerana bukan hanya keputusan cemerlang sahaja yang layak dikongsikan di media sosial. Dalam pada itu, Shiera turut mengucapkan tahniah kepada pelajar lain yang mendapat keputusan cemerlang.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dan memuji tindakan Sheira itu kerana tetap menghargai apa sahaja keputusan yang diperolehi anaknya itu.

Malah, netizen turut memberikan kata semangat kepada anaknya untuk berusaha lebih gigih di masa hadapan kerana masih jauh lagi perjalanan.  Apa pun tindakan Sharifah Shahira patut dijadikan contoh buat ibu bapa lain supaya sentiasa memberikan sokongan kepada anak dalam apa jua keadaan.