fbpx

Bintang Bola Sepak Malaysia, Akmal Rizal Bergelar Pelakon

Kekecohan di Stadium Darul Makmur, Kuantan Pahang malam tadi menarik perhatian kami yang bukan kaki bola ini tetapi berita terbaru tentang bekas penyerang sensasi Malaysia ini tidak kurang menarik.

Laporan mStar Online hari ini menyebut bekas penyerang pasukan bola sepak kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli telah menerima tawaran untuk bergelar pelakon di bawah syarikat produksi Zeel Productions.

“Saya ditawarkan oleh pihak Zeel Production untuk melakonkan watak sebagai tenaga pengajar bola sepak. Susah juga nak berlakon, lebih lebih lagi ketika diminta membuat mimik muka”

“Tetapi ia membuatkan hati saya terbuka untuk serius di bidang ini & sedia bergelar pelakon sekiranya ditawarkan berlakon pada masa akan datang nanti,” jelas beliau yang belum bersedia untuk berlakon speenuh masa.

Akmal Rizal menambah walaupun penggambaran untuk bahagian beliau hanya mengambil dua hari namun ia cukup bermakna untuk pengalaman sebagai pelakon yang berbeza dari kerjaya di padang bola.