fbpx

Bintang Ariana Rose, Keith Foo Mesra Bersama Kekasih Baru

Masuk minggu kedua tayangan drama bersiri Ariana Rose di kaca televisyen, nama Keith Foo semakin manjdi perbualan ramai dan pastinya kisah peribadi beliau mula menjadi perhatian para peminat dunia hiburan Malaysia.

Mula mencipta nama dalam dunia seni Indonesia, pelakon kelahiran Malaysia ini pulang ke tanah air demi menjaga hati orang tua dan ketika di Indonesia Keith Foo sempat bercinta dengan bintang seksi Tyas Mirasih. Sempat.

BACA: Keith Foo Sudah Berpunya, Sudah Kenal Lebih 10 Tahun (ext.)

Namun hubungan cinta antara mereka tidak bertahan lama dan Keith Foo kini pun sudah menemui pengganti yang merupakan seorang penuntut jurusan fesyen di universiti di Melbourne, Australia — dan gadis bertuah ini bernama Kim Raymond.

Terima kasih kepada Media Hiburan yang membawakan perkara ini ke hadapan, Keith Foo rupanya tidak keberatan untuk berkongsi gambar kemesraan beliau dan kekasihnya di Instagram untuk tatapan kami di pejabat anda semua. Enjoice! (rtky/m)