fbpx

Selepas hampir dua tahun tertangguh, selebriti terkenal, Noor Neelofa meluahkan rasa syukur hasratnya untuk mencetak Al-Quran untuk tujuan wakaf akhirnya terlaksana.

Memetik Oh Bulan, Neelofa berkata Al-Quran beridentiti sendiri itu telah pun berjaya dicetak dengan kerjasama Yayasan Restu.

BACA: Neelofa Tertekan Hari-Hari Peminat Minta Nak Tengok Wajah Bilal

“Kami rancang menghasil dan mencetak Al-Quran ini sudah lama, kurang lebih dua tahun juga namun progresnya bergerak perlahan disebabkan kami mahu mencari pencetak yang benar-benar mencapai semua kriteria yang diinginkan.

“Akhirnya kami bertemu dengan Yayasan Restu yang memiliki pengalaman yang luas dalam bidang seni mushaf dan kesenian Islam melebihi 30 tahun.

“Yayasan tersebut juga menguruskan Kompleks Nasyrul Quran iaitu Pusat Pencetakkan Al-Quran yang kedua terbesar di dunia,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata Al-Quran itu istimewa kerana memiliki ciri khas dengan rekaan Kiswah Kaabah yang dihasilkan dengan konsep mushaf mufiq.

Neelofa berkata, dia mensasarkan 30,000 untuk jualan yang juga boleh dibeli untuk tujuan waqaf ke pusat tahfiz, masjid atau surau. Difahamkan, Al-Quran terbitan PKN dan kerjasama Yayasan Restu ini dijual pada harga RM200.

“Al-Quran ini tidak dijual di luar dan hanya boleh didapatkan menerusi PKN. Sesiapa yang ingin membeli untuk tujuan waqaf juga kami akan bantu edarkan sumbangan mereka ke mana-mana madrasah, pusat tahfiz atau termasuk mereka yang memerlukan,” katanya.