Usahawan Asyraf Khalid tampil berkongsikan pandangannya mengenai trend podcast di Malaysia seolah lebih mengutamakan kandungan sensasi serta mengejar populariti.
Menerusi satu hantaran di Threads, Asyraf berkata dia melihat ada podcast menampilkan individu berpengalaman dan perbincangan mendalam namun kurang mendapat perhatian.
BACA: Caprice Diperintah ‘Archive’ 31 Hantaran Didakwa Fitnah Asyraf Khalid
View on Threads
“Ada satu corak yang saya perasan dalam dunia podcast Malaysia sekarang. Podcast yang penuh ilmu, tetamu yang berpengalaman, perbualan yang dalam, views dia okay je. Tak explode. Tapi bila ada orang pergi podcast dan jadi bahan ketawa, views mencanak. Semua orang nak tengok,” katanya.
Tambahnya lagi, lebih membimbangkan adalah kandungan itu menjadi tontonan ramai bukan kerana pengisian yang dibawakan sebaliknya kerana individu tular yang dijemput itu sendiri menjadi bahan hiburan penonton.
“Bukan sebab content dia bagus. Sebab dia jadi content. Dan itulah yang paling bahaya. Bila you jadi viral sebab orang ketawa AT you, bukan WITH you, you dah hilang kawalan cerita you sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Asyraf berkata jangan hairan mengapa akan lebih banyak konten sedemikian dibuat kerana mendapat sambutan.
“Dan bila kita keep on support content macam tu, jangan pelik kenapa lagi ramai orang akan buat benda yang sama. Sebab tu yang dapat views. Tu yang dapat duit.
“Sama macam mana-mana industri. Bila yang berkualiti tak dapat sokongan, yang senang dan murah akan terus dominate. Sebab tu yang market minta. Apa yang kita tengok, kita sokong. Apa yang kita sokong, orang akan terus buat,” katanya.