fbpx

“Bila Customer Complaint, Minta Maaf Bukan Salahkan Balik”

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai perkongsian seoran pengunjung resort milik usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa kotor dan tidak selamat untuk didiami. Malah, individu itu mendakwa mendapat layanan buruk sebagai pengunjung.

Perkara itu turut mendapat perhatian bekas pekerja usahawan tersebut iaitu Melati Abd Ghani yang berkata tindakan untuk berlawan dengan menyalahkan semula pelanggan resort adalah tidak wajar.

BACA: Beri Layanan Buruk Pada Pengunjung, Resort Aliff Syukri Didakwa Kotor

Katanya lagi, sebagai pemilik resort jika ada pengunjung yang membuat aduan sepatutnya minta maaf serta perbaiki lagi mutu perkhidmatan dan bukan mencari salah mereka semula.

“Ni bodoh punya orang, dah memang tempat ko kotor, customer complaint. Lepas tu ko nak salahkan customer dah kenapa? Customer is right.

“Bila customer complaint mintalah maaf dan perbaiki, bukan salahkan customer. Adui macam mana punya mentalitilah,” tulisnya.

Melati seolah menyindir bekas majikannya itu kononnya tidak terkesan dengan kata-kata netizen tetapi baru seorang pengunjung buat aduan dah melatah.

“Sudah-sudahlah tu cakap tak terkesan dengan kata-kata netizen tapi baru seorang customer complaint dah bitter.

“Belajarlah yang ada pada orang lain lebih hebat dari dir kita, terima pendapat orang lain, turunkan ego. Sudah-sudahlah tu bangga diri,” tulisnya.

Tidak cukup setakat itu, Melati dilihat sedikit demi sedikit membongkar sisi gelap yang berselindung di sebalik nama usahawan itu.

Dalam pada itu, Melati mengatakan ianya normal bagi kanak-kanak berlari-lari. Malah, Melati sempat berseloroh bahawa dia juga pernah jadi ‘kaki backup’ Aliff sebelum ini.