fbpx

BIGBANG Umumkan Harga Tiket Konsert Di Malaysia, Sasar 12,000 Penonton

Peminat kumpulan pop sensasi dari Korea Selatan sudah boleh mula mencongak wang ringgit selepas pengajur konsert hari ini mengumumkan harga tiket yang bakal di’jual.

Kumpulan Big Bang akan turun ke Malaysia buat pertama kali’nya bersempena konsert jelajah dunia mereka yang di’beri nama BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012.

Konsert jelajah dengan kerjasama jenama Samsung ini akan mengembara ke 25 buah bandar di 16 buah negara berbeza seluruh dunia dan akan bermula di Shanghai, 21 Julai ini.

Big Bang akan singgah di Malaysia pada 27 Oktober 2012 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur dan ini merupakan konsert dengan lokasi terbuka pertama mereka di Asia.

Running Into The Sun sebagai penganjur hari ini mengumumkan lokasi tempat duduk di Stadium Merdeka dengan tiket harga bermula RM98 sehingga RM688 melalui Facebook & Twitter.

Tiket ke konsert BIGBANG Alive Galaxy Tour 2012 ini akan mula di’jual pada 28 Julai 2012 ini bermula jam 10.30 pagi melalui AirAsia RedTix atau Ticketcharge. Belanja kami sekeping?