fbpx

“Walaupun Sumbing, Anak Lan Solo Tetap Comel”

Baru sahaja menimang cahaya mata keempat tempoh hari, Lan Solo telah berkongsi wajah penuh anaknya itu. Biarpun bayi yang dilahirkan sedikit ‘istimewa’, sumbing di bahagian mulut, namun ramai memuji kecomelan bayi itu.

Menerusi Instagram, dalam kemas kini terbaru Lan turut berkongsikan nama penuh bayi mereka yang dinamakan, Nur Amna Quxandra. Rata-rata ramai memuji Lan dan isteri kerana bertuah memiliki bayi seumpama itu.

Kecomelan cahaya mata itu juga turut mendapat perhatian peminat, selain berkulit putih merah dan pandai mengukir senyuman ketika dihala kamera ke wajahnya. Untuk maklumkan, sebelum ini pasangan ini sudah dimaklumkan mengenai kondisi bayi tersebut.

Tapi apapun, asalkan kesihatan ibu dan bayi sihat. Tahniah diucapkan kepada Lan dan isteri diatas kelahiran bayi keempat yang cukup istimewa ini. Semoga ia menambahkan keceriaan dalam rumah tangga. (rtky/w)