fbpx

“Biar Saya Kumpul Harta Dulu, Baru Fikir Kahwin”

Mencecah usia 37 tahun, Remy Ishak belum terfikir mahu mendirikan rumah tangga sebaliknya ingin lebih bekerja keras untuk mengumpul aset serta kawangan yang lebih stabil sebelum mendirikan rumah tangga.

BACA: Remy Ishak Nafi Nikah 20 Februari 2020

“Susah sebenarnya kalau hendak bercakap me­ngenai jodoh ini. Pada saya biarlah ia datang dengan sendiri. Kalau ada, adalah. Sekarang ini saya sedang berdepan dengan ‘krisis pertengahan umur’. Banyak perkara perlu saya lakukan”

“Susun perjalanan hidup terutama membabit­kan soal kewangan. Perkara ini pada saya agak penting kerana apabila sudah berkeluarga nanti. Sudah berumah tangga nanti tidaklah isteri bising minta susu anak tidak ada”

“Kahwin memang mudah, tapi hendak melaksanakan tanggungjawab itu paling penting. Apabila sudah berkahwin kita harus jaga manusia. Kita harus memikirkan masa depan, terutama keluarga yang dibina”

Jelas Remy lagi, 10 tahun akan datang pastinya fizikal beliau yang sudah beruban tidak mendatangkan banyak tawaran berlakon. Dengan itu Remy mahu mula menyusun dan merancang kewangan dalam hidupnya agar lebih stabil.

“Dalam melayari hidup sebagai pelakon ini, dalam banyak kelebihan ada kekurangannya, jadi saya harus bijak mempertimbangkan dari semua sudut, apatah lagi sekiranya mahu berumah tangga dan membina keluarga.

“Bayangkan kalau tawaran semakin kurang, bagaimana saya hendak menanggung perbelanjaan keluarga. Benar rezeki setiap hamba-Nya sudah ditetapkan, tetapi saya bakal bergelar ketua keluarga harus bersiap sedia,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/w)