fbpx

“Biar Orang Cakap Izzue Dikongkong Isteri Daripada..”

Ini bukan kali pertama disoal tentang isteri yang juga merupakan pengurusnya, baru-baru ini Izzue Islam menjelaskan mengapa isterinya, Awin Nurin sentiasa bersamanya ke mana sahaja.

Izzus mengatakan dia tidak kisah jika ada mulut-mulut jahat mengatakan dia dikongkong oleh isteri kerana apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan bersama dan tidak mahu ada yang gosip tak sedap didengar dalam masa sama mengelakkan fitnah.

BACA: Izzue Islam Dedah Peminat Ajak Seks Berkumpulan

“Biarlah orang bercakap oh Izzue kena kongkong dengan Awin ataupun tak boleh apa-apa sebab isteri ada di sisi.

“Daripada masyarakat bercakap Awin tak ada, Izzue menggatal dengan perempuan. Mata orang, walhal saya ini tengah shooting. Yang melihat daripada jauh tak tahu hal sebenar.

“Maka daripada terjadi biarlah saya bawa Awin ke mana sahaja. Kalau orang nampak saya berjalan dengan perempuan lain, dan Awin ada, orang tahu saya tengah shooting,” katanya kepada Sinar Harian.

Bertuah Awin, bukan saja dapat suami kacak, setia pula tu. Semoga rumahtangga Izzue dan isteri akan kekal bahagia hingga ke Jannah selain dikurniakan cahaya mata yang comel bila sampai masanya nanti.