“Biar Manusia Pandang Hina, Tapi Tidak Pada Allah”
Tular mengenai kisah hidupnya yang tinggal di sebuah pondok usang di pinggir hutan bersama isteri, penyanyi terkenal era 90-an, To’ki tidak menyangka begitu ramai yang sayang serta prihatin akan nasib dirinya.
To’ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur berkata dia percaya Allah menghantar insan mulia untuk membantunya. To’ki turut meluahkan rasa syukur kerana bukan sahaja diberikan rumah malah tidak perlu bayar sewa setahun.
BACA: To’ki Pindah Rumah Baru, Tak Perlu Bayar Sewa Setahun
“Biar manusia pandang hina, tetapi Allah SWT tak pandang hina pada saya. Saya percaya Allah hantar dan mengetuk hati insan mulia membantu saya. Saya bukan hanya dapat kediaman selesa, malah tak perlu pening kepala memikirkan soal sewa rumah selama setahun.
“Lebih bermakna, rumah tiga bilik tidur yang disediakan lengkap dengan perabot. Saya dan isteri masuk rumah hanya ‘cuci kaki’ sahaja. Alhamdulillah,” katanya ketika BH Online.
To’ki berkata ada sebab mengapa Tuhan uji kehidupannya yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan selama setahun. Bagaimanapun, dia tidak menyesali dengan takdir hidupnya
“Saya percaya ada asbab kenapa Allah uji saya. Alhamdulillah, akhirnya buka hati orang lain untuk membantu saya.
“Lebih membuatkan saya sebak apabila barangan keperluan rumah termasuklah menyediakan katil yang bersesuaian untuk isteri yang masih cedera dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak,” katanya.
Dalam pada itu, To’ki berkata dia masih berulang alik ke pondok kecil berkenaan kerana disitu tempatnya untuk mencari idea menghasilkan karya. Ujarnya, dia selesa dan tenang berada di pondok ketika berkarya.
“Pondok kecil ini jadikan tempat untuk saya mencari idea menghasilkan karya. Kediaman yang disediakan ini pula syurga untuk saya dan isteri berteduh,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Pengajaran pd kita… jgn abaikan anak2 waktu muda. Bila tua … pikir2 lah sendiri :((
Setuju sgt2 ,dosa dgn Allah blh bertaubat,dosa dgn anak2 dan bekas isteri krn mgabaikan nafkah dan tggungjawab mereka tggung la smpai bila2..
Allah x zalim..masih beri rezeki meskipun dh byk kita buat slh n dosa..tp kita jgn mendabik dada rezeki diberi kerana kita baik n lupa keslhan kita yg lalu..belum tentu kita mulia di sisi Allah..nafkah2 zahir n batin yg tidak diberi kpd anak2 tu ttp dikira hutang..anak2 bgus x berdendam atau dedah aib ayah meskipun apa yg mereka lalui semasa membesar sgt perit..itu dikira sbgai 1 penganiayaan n menzalimi anak2 yg perlukan kasih syg bapa bkn skdar duit..berapa kali hati anak2 terkilan ayah xdak dlm hidup mereka sdgkan kwn2 ada keluarga yg lengkap? Manusia mmg buat slh tp kita diberi akal yg patut digunakan dlm melaksanakan tjwb..tjwb la yg membezakan antara manusia n haiwan..
Poodah. Bpk x gune.
Majukan la semula diri sementara dh Allah hntr bantuan tu. DApat duduk free setahun..dan ada bantuan lain lg.. jgn tahun dpn masuk hutan semula please. Jgn lupa ikhtiarkan perbaiki hubungan dgn anak2 yg mungkin tersinggung dgn apa yg berlaku satu ms dulu. Hidup ni bkn pnjg sgt lg so cuba la penuhi dgn mmenuhi tnggunjawab yg terabai. Bakat ada. Gunakan peluang yg ada utk perkara yg boleh mnjadi saham akhirat. Good luck and all the best.
Unggapan basi..
OIII NETIZEN MCM BAGUS NYER NAK BAGI CERAMAH.,CERAMAHKAN DIRI SENDIRI LA PAKAI OTAK JGN SUMBAT OTAK DLM BUNTOT.
TSK TSK TSK
sudah2lah pakai religion card tu. memalukan bangsa je orang macam ni. jenis semua nak letak kat kepala lutut. bukannya nak berusaha sendiri untuk keluar dari kemiskinan tu. lagi dia suka orang support dia the whole year. tak guna orang macam ni.
maaf mencelah..kite knal dia femes ketika dahulu..tp kite x knal dia hidup mcm mne selama ni.. so siapa kita nk kecam dia.. x baik tau.. kecam2.. lg dia nk balik hutan sana..di sana lg tenang.. klau salah dia pn ape dia buat.. ank dia yg berhak marah..knape kite nk sibuk.. hmm.. pelik + bz body plak korang nih..
Apabila netizen menjadi tuhan,gemar menghukum sana sini. Beringat benda yg belum pasti sah akan jadi fitnah.Kita juga belum tahu di sisi tuhan dia siapa dan kita siapa.Sedangkan tuhan maha pengasih lagi maha penyayang. Malulah kita yg sudah bajet2 confirm masuk syurga ni?