“Biar Gagal Jadi Isteri, Yang Penting Tak Gagal Jadi Ibu” – Rita Rudaini
Hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, bukan perkara mudah buat pelakon Rita Rudaini kerana dialah ibu dan dia juga bapa.
Meskipun tanpa figura bapa membesarkan dua anak-anaknya, namun Rita membuktikan dia berjaya membesarkan anak-anak, lebih-lebih lagi anak sulungnya cemerlang dan kini berada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
BACA: Rita Rudaini Ditawar Berlakon, Ramai Yang ‘Panas Punggung’
Baru-baru ini, perkongsian Rita menjadi perhatian apabila memuat naik video kompilasi fotonya bersama anak-anak sejak dari kecil hingga meningkat remaja. Malah, turut disertakan kapsyen pada video tersebut mengenai kehidupannya.
View this post on Instagram
“Biar gagal menjadi seorang isteri. Yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, Rita menghadkan dimana hanya individu tertentu sahaja yang boleh meninggalkan komen di posting berkenaan.
Terdahulu, Rita mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak. Namun bercerai pada 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
- SUMBER
- Ohmymedia
Anak2 ko tu kecik lg le ritak lom jd org pun! Pnjng lg perjalanan idup dia nk jd manusia yg baik! X payah over confident sngt yg ko tu konon sorg ibu yg baik! Kita x tau masa depan mcm mana. Brp ramai anak2 yg diasuh dan dibesarkan dgn baik tp bila dah tua kena tangkap makan rasuah?! Skandal dgn perempuan lain, jadi scammer, jd penjenayah, jd kaki buli dan mcm2 lg perangai buruk! So jgn nk perasan yg awak tu sorg ibu yg baik sbb anak2 ko lom diuji pun lg dgn godaan sebenar!!!
Dia dgn che ta spesen ek?! Masuk bakul angkat diri sendiri!
At least dia berusaha..Takde org xnk buat yg terbaik..InsyaAllah awak boleh!! Rita mmpu jd ibu,dan dialah jua ayah…Tak semua org boleh pgg tggjawab serentak mcm ni..Yer termasuk sy..Sy bangga dan kagum seorg wanita boleh jd sekuat ini.Apa pun sy sbg org biasa tetap bg semangat..Supaya org² mcm ni xdown oleh comment² ngtve…
Dia punya posting bukan positive pun, poyo je ayat nk membongak ko rasa tu positive mmg sewel laa otak tu ..
La …tak move on lagi ka ……
Spender Kau kotak sbb seluruh tubuh & Farah ko d selaputi PHD… seronok syaitan tue bertepuk sokong ko…
Alhamdulillah dan tahniah, tumpang gembira anak Rita dpt belajar diMRSM. Bukan senang nak dpt tempat disitu. Semoga anak Rita terus cemerlang dlm pelajaran. Blh jaga ibunya kelak.
Subjektif nak cakap anak2 berjaya. Macam ada satu family ni, anak 7 orang. Semua berjaya dari segi pelajaran. Kerja pun dalam bidang profesional. Ada doktor, ada jurutera, ada yang buat bisnes. Tapi ada beberapa tu dah pandai sisihkan mak ayah sebab mak ayah taknak bagi rumah for free. Siap ugut2, tak balik raya, show off beraya sama2 dengan adik beradik sekepala yang lain saja nak sakitkan hati mak ayah dorang. Siap kutuk2 mak ayah sesama dorang. Busukkan nama mak ayah kandung dengan sedara mara lain semata mata nak bagitau dorang yang betul. Jadi kat sini nak kata, takat spm cemerlang tu takdelah berjaya sangat kalau perangai macam setan. Umur dah tua kerja elok, pelajaran bagus tapi derhaka. Tengok jauh mana anak kau pergi nanti Rita. Kalau memang jadi manusia berguna pada bangsa dan agama baguslah. Tapi kalau pelajaran je pandai, perangai kurang ajar, mainkan perempuan, berzina buat dosa sana sini etc, itu bukan kejayaan pun.
aduhai kenapa korg nih negative sgt yer.. itu juga adalah doa & harapan seorang ibu.. ak x rasa dia show off malah perkongsian rita mampu memberi inspirasi kepada org2 tertentu.. susah ke untuk doakan & gembira dengan kebahagiaan & kejayaan org lain.. korg ingat senang nak jadi ibu & ayah sekaligus sedangkan si ayah bahagia bersama keluarga lain.. busuknye lah hati korang.. semoga apa yg korg cakap tu x berbalik kepada keluarga korg sendiri
Aduhh..why ah so negative. If you all hv nothing good to say, then diam je la. Atau bagi doa agar dia sukses dan memberi kebahagiaan kepada anak dia. Jan la compare dia dgn jiran, saudara, kawan… Haiyo…
Kita doakan yg baik2 je.Semoga Rita dan anak2 berjaya dlm hidup.Anak2 menjadi anak yg mendengar kata.Cuba jd org yg mendoakan sesama kita.Kenapa mesti ade yg dengki.Awak semua org islam kan.
Kalau ayat dia posting tu down to earth, syukur Allah mudahkan saya walau xde suami, walau terpaksa buat sendiri semua of course laa kita pun lapang je dada nk positive dgn apa dia post. Ni tak nada dia post pun mcm nk sindir org lain.. positive thinking semadang kang aku bg ko minum racun ko nk minum tak?!
kalau mak ayah nak tahu anak kita anak yang baik atau tidak, tunggu lepas kita mati nanti, banyak tak anak2 kita doa dan sedekahkan pahala pada kita?
Ujian bersuami/isteri lain…ujian dgn ank² pun lain…ujian dgn adik bradik/saudara mara juga lin. Mcm² ujian akan kita hadap selagi hidup. Dah mati pulak hadap ujian dlm kubur. Seram weii…serammm.
Bila nak hbs cerita kau, RR?? Asyik bgtau kau bagus ja