Rita Rudaini Ditawar Berlakon, Ramai Yang ‘Panas Punggung’
Selepas hampir dua tahun tidak muncul dengan drama terbaru gara-gara menolak vaksin, pelakon Rita Rudaini dikhabarkan diberikan tawaran berlakon daripada beberapa produser termasuk daripada Zeel Production.
Susulan berita itu, Rita mendedahkan banyak pihak tidak senang duduk. Meluahkan perkara itu di Insta Story, kata Rita lagi, dia berkata ianya masih dalam perbindangan dan belum memberi kata putus.
BACA: Akhirnya Rita Rudaini Kembali Berlakon
“Sejak semalam viral bila produser @hj.zil (pemilik Zeel Production) beritahu hendak ambil saya untuk berlakon dengannya. Ramai yang tidak senang duduk nampaknya.
“Jangan risau, saya belum beri kata putus lagi. Masih dalam perbincangan. Tapi kalau itu yang tertulis (rezeki berlakon), saya tidak menolak rezeki dari Allah SWT,” katanya.
Kata Rita lagi, dia menerima banyak tawaran berlakon sebelum puasa namun terpaksa menolak atas sebab tertentu serta meminta kepada pihak yang kurang senang tidak perlu takut dengan dirinya.
“Saya nak beritahu sikit dekat netizen-netizen yang panas ‘pungkok’ (punggung) lagi busuk hati. Sebelum puasa lagi dah ramai produser mesej ajak saya berlakon.
“Tapi saya menolaknya cara baik kerana saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan dan diberi perhatian. Jadi tak payah takut dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Rita mendedahkan ada segelintir artis tidak berpuas hati apabila dia ditawar berlakon apatah lagi dia tidak mendapatkan suntikan vaksin.
Malah, Rita turut menyindir meminta pihak produser supaya memberikan watak yang ditawarkan untuknya kepada artis berkenaan.
“Katanya takut kena Covid-19 daripada saya yang tidak divaksin. Sebelum ini ‘dia’ kena Covid-19 daripada siapa? Satu set dijangkiti Covid-19 daripada siapa? Bukan sudah berdos-dos cucuk vaksin ke?
“Berilah watak saya untuk artis yang bising tu. Mana tahu senyap nanti,” katanya.
Terdahulu, Rita berkata dia tidak kisah jika tidak mendapat job atau namanya digugurkan daripada mana-mana produksi disebabkan tidak mahu menerima vaksin kerana dia percaya dengan rezeki Tuhan.
- SUMBER
- Kosmo!
Terbaiks rita. I salute you ans i minat lakanon you. Miss u so much sayangku.
Kelakor netijen Malaysia nie.. Gasak ler dia nk vaksin ke idokk..
JEMU NAK MAMPUS dok baca hal Rita Rudaini! Ini Has Been, cuma penulis RotiKaya aje yang dok sibuk bagi publicity. Ada belakang kira ke?
Nanti sikit lagi kelaur pulak lah mamat sekor tu… Shuib. Seperti biasa, menagih simpati. Akan guna anak-anak nak cuba dapat simpati. Tengok lah nanti!
Ye ke ada orang bising ?? Orang semua tengah sibuk bekerja , beraya pun tak habih lagi …
x panas pn… x kisah pn..jgn perasan..