fbpx

Zaman sekarang menjaga si bulus bukan lagi satu hobi yang sekadar hobi biasa, malah ini juga boleh dianggap sebagai rezeki terbesar buat pemilik si bulus. Korang akan lebih bertuah lagi  bila korang dapat pergi bercuti ke Thailand dengan cara yang paling mudah.

Siapa sangka hanya dengan menjaga binatang kesayangan ramai seperti kucing, mampu buatkan korang terbang tinggi ke negara seberang hanya dengan sertai peraduan dari Fly with SmartHeart sahaja.

Apa yang korang perlu lakukan adalah hanya dengan mengambil foto haiwan kesayangan korang dengan menggunakan tema Thailand, dan submit foto tersebut menerusi aplikasi mudah alih SmartHeart MY. Jadi pastikan korang muat turun SmartHeart MY App untuk menyerahkan foto peraduan korang tu nanti. Tempoh peraduan Fly with SmartHeart bermula dari sekarang hingga 30 September 2023.

Jangan tak tahu, hadiah untuk peraduan ini betul-betul diluar jangkaan! Best wehhh bila dapat 1x Pakej Percutian ke Bangkok 3H2M, 2x Pakej Percutian ke Phuket 3H2M dan 10x hadiah saguhati untuk SmartHeart Gift Hamper. Memang rugi besar bagi yang ada haiwan peliharaan tu tapi tak nak join peraduan awesome ini!

Nantikan Lebih Banyak Event SmartHeart Untuk Rebut Hadiah Lumayan

Nantikan pameran SmartHeart SmartPet 2023 yang akan datang di Tropicana Garden Mall pada 19 Julai  hingga 30 Julai 2023 dan KL East Mall pada 30 Ogos 2023 hingga 3 September 2023.

Jangan lepaskan peluang untuk bertemu lebih ramai pemilik haiwan kesayangan ramai di sana! Untuk maklumat lanjut, sila layari klik DI SINI .

Geng! Si Comel Ada Apps!

Wah wah wah! Kali ini si bulus pun tak nak ketinggalan siap ada apps sendiri lagi. Betul-betul curlas ni! Tapi bagus juga bila ada apps untuk si bulus ni, penjaga akan lebih peka dan lebih mudah urusankan si bulus bila ada kemudahan dan panduan di apps.

Kalau korang nak tahu, aplikasi mudah alih SmartHeart MY mula dicipta pada tahun 2013 khusus untuk kegunaan peminat dan pemilik haiwan peliharaan SmartHeart. Ia dilengkapi dengan ciri asas pembelian produk, loyalty redemption program, berita serta kemas kini aktiviti dan bahagian maklumat haiwan peliharaan. Ia juga telah digunakan sebagai salah satu platform utama untuk pemasaran, peraduan dan aktiviti untuk SmartHeart.

Ala senang cerita aplikasi ini boleh dikatakan sebagai satu One Stop Center Shop haiwan peliharaan dalam telefon pintar korang. Aplikasi ini juga salah satu pilihan yang tepat untuk pemilik haiwan kesayangan yang sibuk setiap hari ini tetapi berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada haiwan kesayangan masing-masing.

Dengan SmartHeart MY App korang juga boleh mencari banyak kategori produk yang lengkap di bawah penjagaan SmartHeart, daripada makanan anjing, makanan kucing, Makanan haiwan kecil seperti hamster dan tikus serta makanan burung pun ada.

Lebih menarik lagi, dengan aplikasi yang dipertingkatkan ciri penggunakan ini betul-betul mesra pengguna. Jadi buat korang yang sentiasa sibuk dengan kerja harian tu tak kan terlepas untuk menjaga haiwan peliharaan korang dengan lebih teliti lagi.