fbpx

“BF Saya Lagi Hot Dari Suami Dia, Buat Apa Saya Nak Rampas”

Pelakon Fatiya Latiff berkata dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Menurut Fatiya, dia mendedahkan sudah pun mempunyai teman lelaki yang lebih kacak daripada bekas teman lelakinya itu dan tiada sebab untuk merampas hak orang lain.

BACA: “I Tak Mental, Kalau I Mental, I Dah Dekat Hospital Tanjung Rambutan”

@astrogempak

GempakNews: Fathia tampil mengulas situasi sekarang. Baca di www.gempak.com

? original sound – Gempak – Gempak

“Bukan saya nak menghancurkan rumah tangga orang. Tapi boyfriend saya lagi ‘hot’ daripada suami dia (Zahirah Macwilson). Jadi buat apa saya nak merampas?” katanya.

Menerusi sesi live itu juga, Fatiya berkata dia tidak kisah jika netizen mahu mengecam kerana dia tidak langsung terkesan sebaliknya membuatkan dirinya semakin dikenali.

“Chill lah. Muka dia memang macam bibik kan. Saya tak kisah pun apa korang cakap sebab korang yang berada di bawah tapak kaki saya.

“Sebab itulah saya tak terkesan langsung. Korang yang buat saya semakin dikenali. Saya tak kisah orang ramai bencikan saya. sebab saya tidak boleh mengawal mereka. Saya tetap dengan pendapat saya,”katanya.

Pagi tadi, Fatiya mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar bersama Aiman Hakim Ridza serta menulis kapsyen mengatakan aktor itu masih mencintai dirinya.