fbpx

Beyonce Dan Jay-Z Berjaya Kutip US$1 Juta Untuk Tujuan Kebajikan

Membaca acara mengutip dana untuk kebajikan yang di’anjurkan Jay-Z ini membuatkan kami ingin lakukan perkara sama.

Jay-Z menganjurkan acara mengutip dana untuk badan kebajikan beliau sendiri Shawn Carter Foundation baru baru ini yang mengambil tempat di New York’s Pier 54.

Majlis tersebut berjaya mengutip US$1 juta (RM3.2 juta) yang akan di’gunakan oleh badan kebajikan Jay-Z untuk membantu pelajar kurang kemampuan membayar yuran kolej & universiti.

Hadirin yang ingin menyertai majlis ini perlu membayar US$1,000 (RM3,200) setiap seorang dan akan menikmati champagne mewah Armand de Brignac.

Mereka yang berjaya masuk juga berpeluang bertemu ramai selebriti yang hadir memberi sokongan kepada usaha kebajikan Jay-Z & Beyonce — selain menikmati makanan mewah & permainan ala karnival sepanjang majlis berlangsung.

Shawn Carter Foundation di’tubuhkan oleh Jay-Z & ibunya sekitar tahun 2002 dan sehingga lebih 750 pelajar telah di’bantu untuk melanjutkan pelajaran melalui skim biasiswa mereka. Good job!