fbpx

Beto Kusyairy Tak Setuju Rupa Lebih Penting Dari Bakat

Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai kenyataan seorang penerbit drama yang yang mengutamakan pelakon yang mempunyai rupa jika ingin bekerja di bawahnya.

Kenyataannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada penggiat seni lain termasuk pelakon Amerul Affendi yang mencadangkan institut pengajian awam dan swasta untuk menamatkan kesemua kursus lakonan disebabkan kenyataan penerbit drama itu.

BACA: Beto Kusyairy: Jangan Guna Perkataan ‘Retis’

Memetik Astro Gempak, pelakon Beto Kusyairy turut tidak ebrsetuju dengan kenyataan penerbit itu yang mengutamakan rupa daripada bakat serta ianya disifatkan perkara yang mengarut.

Bagaimanapun, Beto enggan mengulas panjang berkenaan isu tersebut kerana tidak mahu perkara berkenaan terus berlarutan. 

“Kalau secara peribadi saya tidak setuju dengan kenyataan sebegitu dan mengarut bagi saya. Namun saya tak mahu lagi menyebut berkenaan isu ini, selagi isu ini diperkatakan selagi itu ‘dia’ akan dapat perhatian. Bila saya tidak menyebut, isu itu akan setakat itu sahaja dan tidak berpanjangan.

“Tidak mahu mengulas bukan beerti saya bersetuju, cumanya saya tak mahu komen lanjut atau panjangkan,” ujarnya.

Sebelum ini, penerbit itu berkata penonton sendiri mahu melihat pelakon yang mempunyai paras rupa dan dia hanya memenuhi permintaan penonton serta itu hakikat yang perlu diterima.