fbpx

Beto Kusyairy: Jangan Guna Perkataan ‘Retis’

Merasakan istilah ‘retis’ yang kini sering digunakan oleh kebanyakan orang bagi menggantikan perkataan artis sebagai menghina, Beto Kusyairy telah menyatakan pendapatnya itu melalui laman Twitter.

BACA: Populariti Bukan Matlamat Utama Beto Kusyairy

Beto Kusyairy- Jangan Guna Perkataan 'Retis'

Menurut Beto, orang ramai yang menggunakan perkataan itu sepatutnya mengambil tahu tentang satu-satu istilah atau perkataan yang digunakan dan tidak hanya mengikut apa yang diperkatakan tanpa mengetahui asal-usulnya.

Pendapat Beto itu juga dipersetujui oleh pelakon Izara Aishah yang menganggap istilah retis itu kekampungan dan tidak sesuai digunakan. Bagaimanapun perkara tersebut turut mengundang reaksi berbaur kepada peminat.

Mahu melayan kerenah orang ramai di laman sosial, memang tidak terlayan. Kesudahannya, niat yang baik pun kadang-kala dianggap sebaliknya. Semoga apa yang cuba disampaikan Beto dapat memberi sedikit pengetahuan buat mereka yang tidak tahu asal-usul perkataan ‘retis’. (rtky/s)