fbpx

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sekali lagi menjadi bualan apabila dikecam netizen gara-gara didakwa membuat lawak berunsur ‘double meaning’ terhadap isteri dan anaknya.

Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, isterinya Maryam You Narae ada berkongsikan tips untuk memilih buah tembikai yang mempunyai isi elok dan manis.

BACA: Ryzal Ibrahim Pergi Mekah Balik Hari, Tak Sempat Tunai Umrah Cuma Beli Perfume

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Dapat didengar Ryzal berkata cara untuk tahu isi yang elok dengan menepuk-nepuk buah berkenaan. Kemudian Maryam berkongsikan selain itu boleh dilihat pada garisan dan bahagian tapak buah tembikai.

“Garis nipis dan besar, kalau garis pada tembikai tu besar lagi sedap. Satu lagi, tapak pada bahagian bawah tembikai. Kalau besar tak sedap, tapi kalau kecil sedap,” kata Maryam.

Namun tidak terhenti disitu, Ryzal kemudian bergurau mengiatkan saiz bahagian tapak tembikai itu dengan isteri dan anaknya sekaligus mengundang rasa kurang senang netizen.