fbpx

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim berkongsikan di Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa tidak dapat menunaikan umrah kerana kesuntukan waktu ketika berada di Mekah.

Menurut Ryzal lagi, dia dalam perjalanan dari London dan transit di King Abdulaziz International Airport, Jeddah selama beberapa jam sebelum meneruskan penerbangan pulang ke Malaysia.

BACA: Ryzal Ibrahim Dah Tolak Tawaran Jenama Besar Sejak Bulan Lalu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

“Ryzal sekarang ada dekat Jeddah otw nak pergi ke Mekah untuk beli perfume dekat The Clock Towers.

“Beli perfume dekat situ, balik ke Jeddah naik teksi yang sama. Jam sekarang pukul 9, kena ada dekat airport pukul 1,” katanya.

Menurut Ryzal lagi, sebaik saja tiba di Mekah dia mempunyai masa 30 minit dan hanya sempat membeli minyak wangi sebelum perlu kembali  semula ke lapangan terbang.

Dalam pada itu, Ryzal berkata dia sudah berniat mahu mengerjakan ibadah tersebut, namun Allah tidak mengizinkan untuk berbuat demikian.

“Niat dah ada untuk umrah, sebenarnya cukup saja untuk buat umrah tapi disebabkan Allah tak izinkan, maka tak jadi.

“Semuanya atas izin Allah. Apa saja kita nak, minta dengan Allah. Tuhan punya perancangan adalah yang terbaik,” katanya.