fbpx

“Besar Kepala Dia Sampai Lebam Lebam Adik Aku Kena Pukul”

Mungkin ramai yang tidak tahu pelakon, Afiq Muiz merupakan abang kandung kepada pelakon, Aishah Azman yang dikaitkan dalam kes pergaduhan dengan bekas tunang, Syafie Naswip baru- baru ini.

BACA: Didakwa Gay, IG Syafie Naswip Diserang Netizen

Namun apa yang mencuri tumpuan, sindiran yang ditulis Afiq di media sosial seolah memberi bayangan terhadap kontroversi Syafie yang didakwa membelasah adiknya kerana memintanya memutuskan hubungan songsang.

“Banyak besar dia punya kepala main bedal adik aku sampai lebam-lebam. Siapa nak jadi adik ipar aku lepas ni, yang gentle dan Islam saja. Yang dua alam di larang sama sekali. AMARAN!,” tulisnya di Instagram.

Dalam masa yang sama, Afiq turut memberikan amaran keras buat jejaka-jejaka yang bakal menjadi adik iparnya nanti selain menyindir status Syafie yang dikatakan dua alam atau ‘gay’ berikutan kontroversi yang berlaku.

Terdahulu Syafie dan Aishah telah bertunang pada awal April lalu namun mengumumkan sudah putus tunang tempoh hari. Tidak lama kemudian, timbul pula kes pergaduhan diantara mereka membabitkan ‘status’ Syafie. (rtky/w)